Nuffnang Ads

Monday, 16 March 2015

Semoga tenang, Adek

assalamualaikum,

Mama: Mira, Along (abang aku) dah balik kampung tau, tak jadi balik Terengganu esok
Aku: wah, kenapa? nak buat kenduri lenggang perut ke? (sebab kakak ipar pernah cakap nk buat lenggang perut kat kampung cuti sekolah ni)
Mama: bukan, sebenanrnya tadi Kak Ida (kakak ipar aku) dapat call dari kampung, kata Adek lemas kat sungai
Aku: so, Adek kat hospital ke? macam nak tengok je?
Mama: tak, Adek dah takde.

dah lama aku tak menulis, n tak sangka aku mula menulis semula sebab ni. aku baru kehilangan sorang sedara jauh yg boleh dikira rapat dengan aku. dia anak sedara kakak ipar aku yang selalu melepak kat rumah aku since kakak ipar aku memang duduk dengan family kitorang. memang aku dah anggap dia macam anak sedara sendiri dah, sebab kakak ipar aku pun baru pregnant anak first, so kiranya selama ni arwah Adek ni la yg macam anak abang aku ni. adek ni manja, dia jenis yg senang rapat dengan kitorang. antara tiga beradik dia, dialah yg paling friendly, yg selalu kitorang bawak berjalan.

aku ingat lagi, last time dia datang rumah aku, aku baru balek dari kolej nk lepak umah weekend. beria sangat dia ajak pergi tengok wayangkat Alamanda. aku kata aku xnak ikut, sbb aku nk rehat je kat umah, so aku biar je dia pergi dengan abang n kakak ipar aku. seriously aku langsung tak sangka yg tu last time dia ajak aku pergi jalan and aku tolak. masya-Allah, marahnya aku dengan diri sendiri bila mama call bagitau Adek dah xde. terus je kepala aku ligat flash back segala benda yg pernah buat dengan dia. gurau, lepak, malu2 masa mula2 jumpa. Ya Allah, aku dah kenal dia dari dia kecik, sekolah rendah, sampai ke sekarang ni dah sekolah menengah. 

apa-apa pun aku cuma mampu berdoa sepaya Adek tenang dalam pelukan Yang Esa. mungkin ini satu pengajaran cara kasar dari Allah untk aku, hamba Dia yang selalu lalai. sekarang aku memang jujur cakap yg kejadian ni sangat memeranjatkan dan kitorang sekeluarga rasa kehilangan sangat. aku yakin ini kesudahan terbaik untuk Adek. Adek takde dosa pun dengan Masyu tau. Masyu takkan lupa Adek sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment