Nuffnang Ads

Thursday, 15 January 2015

Aduhai bujang

Assalamualaikum.. J


Masya-Allah exhaustednya musim2 exam ni. Thank god minggu ni study week, ada la sikit masa nk study utk next week yg ada 5 exam, kemas2 bilik before pindah, & most importantly, mengupdate belog tercehenta ini.. yay lima bintang.. hiks

Okay, makin busy makin terasa kebujangan. Ye la, bangun pagi lepas solat segala, laju2 je bancuh nescafe 3 in 1, sambil mengadap kerja2, kalau tak pun belek nota2 yg tebalnye wow zemangat.. bila perut dah buat orkestra, cari je biskut dalam handbag, kalau tak pun bakar roti ke, mkn roti bilis ke.. kalau kat rumah jangan harap nak breakfast roti tahu?


 ya, ini lah sarapan kebujangan aku sekarang ni.. 
roti bilis dengan nescfe 3 in 1 ditemani 6 princess yg setia.. kau ade?



Nak mkn tgh hari pn slalunya turun sorang2 je gi beli kat kafe, sambil duduk2 cek noti kat henfon canggih nau2 aku.. hah nganjing.. kalau bertuah jumpe la sorang dua kawan, dapat la borak kejap.. almaklumlah, masing2 mengejar masa nk study utk exam.. bukan senang ok nk jadi doktorr.. Aku suka beli makanan bungkus, makan dalam bilik sambil layan drama beto, bancuh air teh o panas sendiri.. jimat seringgit sehari ya kawan2.. seringgit seringgit lama2 jadi beringgit-ringgit… J

Ok, pastu sambung blaja, makan lagi, tengok drama lagi, makan lagi, blaja lagi, makan lagi, makan lagi.. macam tu la hidup aku.. skarang ni pun rata2 org dh pindah ke kolej baru. Aku nk tunggu habis exam baru nk pindah. Acah2 pandai manage time la kann?? Tapi boring sangat2.. jarang jumpa org, monyet je slalu jumpa.. tu pun jadi tukang sepah depan bilik.. nk kena gigit si kecik bulu2 ni..

Dan untuk menambah keriakan, aku slalu tidur pukul 1.. tapi bukan study la, tengok drama sampai lebam.. haha..


Oh, by the way, aku tengah cari design untuk guest book utk wedding abang aku.. so sila lah dermakan link ya? Thank you J

ha, lupa nk cite, haritu aku gi lepak Taman Warisan Pertanian. 
Mi Sup dengan Lai chi kang dia win angat2 tau..
*jujur, xde sponsor.. ngaha

Tuesday, 30 December 2014

kerana diriku cik sotong

assalamualaikum.. 

wahai, serabutnya minggu ni.. letih sgt.. banyak sangat benda kena settle before exam.. cliche kan? tapi serius letih.. update blog pun pukul 2 pagi, makan malam pukul 3 pagi, tidur petang bangun maghrib (jangan ikut), huh..

dalam pada exhausted ni, boleh pulak tadi keluar topik 'apa kau rasa pasal aku?'.. haha.. normal thing untuk gossip girls kan? tap aku tanya kat kawan2 yang tak jejemah langsung, & sorang lagi tu lelaki yang aku anggap agak gossipy.. ngaha.. barulah hidup sket conversation kan?? 

so, jawapan wanita2 (wah) tu dah terjangka lah, masing2 jawab seberhemah mungkin. sampai dekat 'gossip boy', tau apa jawabnya? 

"kau ni sotong" 

and apa kau expect dari aku? haruslah tercengang, so diapun bagitau. bagi dia, sotong tu maknanya gedik2 air and tak malu nak bergaul dengan org.. mulut bising sana-sini, main cakap je apa terlintas.. nd wow, memang aku macam tu pun.. cuma hamboih.. advance sungguh bahasa kau. terkejut aku.. ingatkan selama ni kau tak tau aku perempuan sejati pembawa XX tegar.. hush.. ngucap.. 

ok, untuk pengetahuan, perkataan gedik bukan lagi satu penghinaan tapi aku dah pandang dia secara cute dan menjadikan gedik tu satu benda yang lumrah untuk aku. haip.. aku tak kata aku nak kekal gedik sampai kerepot, aku cuma dah terlalu biasa digelar gedik walaupun cuma berborak kosong dgn kawan2.. oh, hidup.. tapi aku ok je.. :)

Friday, 26 December 2014

the typical aku

assalamualaikum,

oh, lama na tak menaip.. keras dah jari. :D ok, takmau melalut, ada banyak gile keje (acah-acah sangat)..

camni, aku nak cerita je fe'el over aku yg hari2 rase nk ketuk. tau tak? aku ni pantang dapat due date, mesti nak tunggu minit terakhir baru nak hanta.. oh, gigil2 buat kerja bila tinggal 5 minit daripada masa submission. fuhh, bila dah hanta, wa cakap sama lu.. lega gilos.. haha.. yes, nilah aku yang lega sangat2 lepas hanta kerja.. harap lecturer terima lah ya.. please.. :)

oh, okay. jangan tiru the typical aku.. aku manusia biasa yang hidup over acah-acah diva tapi sebenarnya?? olala, hantar kerja lambat gila.. hakhak.. overhh~~~~

Thursday, 25 September 2014

dah minat, camane?

assalamualaikum..

mungkin org tak tau dan tak nak tau pun, n aku pn saje je nak bercerita pasal minat aku.. dari kecik aku suka nyanyi, tak kisah la suara camane pun, dh memang itu minat aku, aku buat jugak.. kritikan tak payah cakap, lagi banyak kritikan drpd pujian rasanya.. ya lah, org prmpuan memang tak manis mengalun suara depan lelaki, dikatanya pulak aku jual suara.. tapi minat ni mengalir dalam darah.. sebab?

ayah aku dulu nyanyi utk kombo ktm, lepas tu dia nyanyi utk RTM.. so, kau rasa minat tu aku cari atau memang ada?? yup.. itu environment aku.. dikelilingi org yg bibir tak lekang dari alunan.. tak kira lagu ke, zikir ke, kadang2 menghafal utk exam pun dlm lagu.. tapi sekarang ayah dah pencen la dari semua tu.. duduk rumah diam2 ngaji je elok2.. cuma kesannya pada aku, nyanyi tu jadi macam benda yang wajib bagi diri aku.. stres pn nyanyi, sedih pn nyanyi, happy lg la nyanyi.. 

see? mnunggu gadis2 gamelan pn smbil nyanyi jugak

ade la aku masok petandingan2 kecik, kat skolah, kat u, tapi aku tak ambik serius pn la.. sbb bg aku, aku nyanyi utk kepuasan aku sendiri, bukan utk apa2 yg lain.. kawan2 siap tanya kat aku, kau nyanyi sana sini mesti banyak duit kn?? fyi, aku belum pernah ditawarkan sesen pun utk menyanyi.. n aku menyanyi smata2 sbb minat.. even buat pesembahan sepentas dgn artis2 yg bayaran kebabom pn, aku tak penah dapat sesen pn drpd organiser... so masih jual suara ke aku?? haha

 
buat pesembahan suka2, masuk ptandingan kecik2, macam tu je la stakat ni..

ape2 pn, aku sentiasa memikirkan dosa pahala.. dan ayah pun contoh terdekat yg aku ada utk aku gunakan experiencenya dalam hal ni.. experience's always a best teacher.. sbb aku tau, bila hati puas, hidup senang nak rasa bahagia.. 

ok, ni la ayah yg dh pencen.. *haruslah yg baju biru


Wednesday, 24 September 2014

rindu bertandang lagi

assalamualaikum..

takde ape pasal diri sndiri, just nk update je pasal icha.. icha baru opeate mlm tadi n hopefully dia stabil. operate tu utk buang bahagian paru-paru yg rosak.. harap boleh dapat semula icha yang happy go lucky, icha yg sntiasa jd peneman makan, icha yg xpenah jemu blaja abc, icha yg manja hari2 mintak air kotaklah, coklatlah, rindu~~~

Tuesday, 23 September 2014

awak, ADIL tu ape?

assalamualaikum..

kalau tak jeles bukan manusia la kan? n sewajibnyelah aku pn tau jeles.. jeles pada kemenangan org lain, jeles pada kecantikan org laen(wow betul ke ni?), n jeles pada rezki org lain.. tp jeles pada rezki org laen tu aku rase memang kelemahan aku.. sbb yes,rezki Allah bagi, tak payah nak jeles-jelesan.. tapi aku tetap aku.. 

nmpak org lain jauh maju ke depan aku rasa kalah.. nampak org macam berjaya aku down. wahai.. nak2 pulak, bukak je facebook, penuh timeline kawan2 dberi peluang yg tak setimpal.. n aku like.. atas dasar apa smua ni jadi? sbb well, dunia memang slalu tak faham pun adil tu apa kan? biase la, org sntiasa fikir, adil tu bagi semua bnda sama rata, tapi patut diingat juga, ADIL tu maknanya MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA.. 

so, adil ke melabelkan org yg tak menonjol tu tak pandai n org yg slalu snyap tu tak boleh becakap? n yg pnting, adil ke ketepikan org yg lebih hak semata-mata menjaga hati si pengarang jantung?? wahai dunia, letih melayan kerenahnya.. ada saja yang tak kena, ada saja buruknya kita.. 

bukan tak bersyukur, ini cuma luahan hati..

Friday, 19 September 2014

icha masih macam tu~~

assalamualaikum..

wahai, yg ni sgt merisaukan.. kalau ada yg baca cerita pasal icha yg aku post bberapa hari lepas (boleh try baca kat SINI), icha masih dalam keadaan yg sama. icha masih lagi tebaring kat Hospital Subang Jaya yg aku congak dah seminggu lebih lamanya.. sedih tengok budak yg asalnya aktif jadi macam ni.. tak lalu makan, badan memang kurus, protein dlm bdn rendah yg amat, kami dh xtau apa lagi ikhtiar selain letakkan di hospital n berdoa.. parentsnya x payah cite la, stelah sminggu baru nk mula kerja, tu pn tgh hari ke hospital juga tempatnya.. 

ok lah, just nk mintak tlg sgt2, siapa2 yg ada tips utk budak2 kecik yg ada pneumonia ke, nk bg slera mkn ke, mknn yg elok utk budak2pneumonia ke, mintak share la ye? aku dh kering idea dh skrg ni.. tq semua, mohon doa yg terbaik..

sori aku tak dapat upload gamba icha berwire-wire sana sini, kesian mak ayah dia.. mohon doa dan idea ya? tq..